LATAR
BELAKANG PPIM
Pergerakan
Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang
bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan
Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia.
Aktiviti
PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan
pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Allah S.W.T
SEJARAH PPIM
Keanggotaannya
hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan
kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan
kepada golongan miskin.
Pada 17
Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri
Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang,
Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad
Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Y.A.Bhg. Toh Puan Norashikin Ismail dilantik sebagai Yang DiPertua PPIM Pertama.
Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM dan ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.
Pada Hari
Puteri 1988, Majlis Pentadbir Kebangsaan PPIM telah mengiktiraf ‘Puteri
Cemerlang’ dan Piala Pusingan bagi Anugerah Tokoh Puteri telah disumbangkan
oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Ko-Kurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia.
Skuad
Puteri telah dilancarkan oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan
sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa
banjir dan program ziarah hospital.
PPIM
sekali lagi menempa sejarah apabila dilancarkan di institusi pengajian tinggi
pada 8 April 2000 oleh Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmood (Allahyarhamah) di
Universiti Islam Antarabangsa.
Pada awal
tahun 2004. dibawah kepimpinan Y.Bhg. Puan Sri Hajah Hazizah Haji Tumin
(Allahyarhamah), ibu pejabat PPIM telah berpindah ke Darul Puteri. Perasmian
Darul Puteri telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid pada 24 Ogos 2005.
Pada 24
Mac 2007, kekosongan jawatan Yang Dipertua telah diisi oleh Y.Bhg. Datin Hajah
Badiah Abdul Manan setelah menang tanpa bertanding pada sesi pemilihan 2007 -
2009 & 2009 - 2011.
No comments:
Post a Comment